- Untuk menjadikan taipskrip sebagai karya yang sempurna yang dapat dibaca dan dihayati dengan mudah oleh pembaca apabila diterbitkan kelak.
- Untuk memastikan isi dan fakta taipskrip berkenaan disampaikan dengan jelas, tepat, dan tidak bercanggah atau menyalahi agama, undang-undang, etika dan norma masyarakat.
- Untuk memastikan pengaliran atau penyebaran idea daripada penulis kepada pembaca dapat disampaikan dalam bahasa yang gramatis, jelas, indah dan menarik.
- Untuk menjadikan persembahan e-buku yang akan diterbitkan itu dapat menggambarkan nilai dan identiti karya itu sendiri sehingga dapat menarik minat pembaca.
- Menonjolkan identiti penerbit dengan memastikan e-buku itu menepati gaya penerbitan penerbit.
Dalam
penyuntingan, kita mengenal dua tahap penyuntingan, yaitu penyuntingan
substansif dan penyuntingan kopi. Berdasarkan tahap-tahap penyuntingan yang
ada, maka ada beberapa tujuan lain dari penyuntingan.
Penyuntingan Substantif
Tujuan
penyuntingan subtantif dilakukan adalah untuk memastikan hasrat atau idea
penulis dapat disampaikan setepat, sepadat, dan sejelas yang mungkin. Semasa
membuat penyuntingan subtantif, editor akan membaca taipskrip sepintas lalu
dengan memberikan tumpuan kepada kandungan, pendekatan secara menyeluruh,
bahasa, susunan atau konsep taipskrip berkenaan.
Berdasarkan
penelitian tersebut, editor akan membuat teguran dan cadangan kepada penulis
untuk sama ada melengkapkan taipskrip, menulis semula, menyusun semula,
menggugurkan atau memotong bahagian teks atau ilustrasi yang tidak perlu, dan
membuat tambahan.
Berikut
ialah perkara yang perlu diteliti semasa penyuntingan substantif:
- Tajuk tepat dan jelas
- Pembahagian bab dan tajuk kecil jelas
- Adanya kesinambungan antara bahagian, bab dan paragraf.
- Keseimbangan antara setiap bab dan paragraf.
- Taipskrip tidak bercanggah dengan undang-undang, moral dan agama.
- Penguasaan bahasa.
- Keselarasan istilah dan ejaan.
- Bahan awalan, teks dan akhir hendaklah lengkap mengikut halamankandungan.
- Memastikan fakta tepat, mencukupi dan fakta yang tidak relevan tidak dimasukkan.
- Petikan bahan daripada karya lain telah mendapat keizinan.
Penyuntingan
Kopi
Tujuan
penyuntingan kopi adalah untuk menghapuskan semua halangan yang wujud antara
pembaca dengan apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penyuntingan kopi
memerlukan perhatian yang teliti terhadap setiap butiran di dalam taipskrip.
Editor perlu
berpengetahuan tentang apa yang patut disunting dan gaya yang patut diikuti di
samping mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dengan cepat, lojik, dan
yang boleh dipertahankan. Semasa membuat suntingan kopi, editor akan membaca
taipskrip berkenaan dengan teliti, iaitu membaca perkataan demi perkataan, ayat
demi ayat, baris demi baris dan kadang-kadang melihat huruf demi huruf.
Kebanyakan daripada masa penyuntingan itu, editor akan berurusan dengan hal
penyusunan, bahasa dan kebolehbacaan taipskrip itu.
Tahapan
dalam penyuntingan kopi:
- Membuat penyuntingan baris demi baris.
- Memberi tumpuan khusus kepada fakta dan bahasa.
- Memastikan kapsyen bagi ilustrasi ringkas, tepat, padat dan lengkap.
- Memastikan keselarasan ejaan, istilah dan gaya bahasa.
- Memastikan ketepatan dan keselarasan ilustrasi dan bahan lain dalam teks tersebut.
- Menandakan teks dengan kaedah tanda atau piawaian sebagai arahan teknikal mengatur huruf.
- Memberi tumpuan kepada gaya penerbitan.
إرسال تعليق